oooo..skodeng yerkk

Mar 22, 2011

edisi ustazah@ ustaz...

BAB FASAKH


Erti fasakh menurut bahasa ialah ROSAK @ PUTUS. Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada mahkamah dan hakim mensabitkannya setelah perbicaraan.

Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh berikut:-

1) Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama 3 bulan.

2) Suami telah dihukum penjara selama 3 tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamad.

3) Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama 1 tahun dengan tiada sebab yang munasabah.

4) Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.

5) Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.

6) Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :-
a) selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.

b) bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.

c) mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.

d) menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.

e) tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.

f) jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam

7) Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.

Bagi penganiayaan fizikal seperti pukul, ia tidak perlu dibuktikan bagi isteri bahawa perbuatan itu selalu dilakukan oleh suami. Memukul walau tidak lazim adalah mencukupi untuk membuktikan penganiayaan.

Cara melakukan fasakh:-


Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh- membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka.

Jika dapat dibuktikan pengaguan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya.

Pembatalah perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yg baru.




~~tidak ada kene mengena sama ada yg masih hidup atau yg telah padam~~...sekadar renungan..hmmmmmm...

4 comments:

-- said...

tapirrrrrrrrrr!! kenape ni pir?? adik risau tao tak??

Whoopz said...

hurm.. Nape ni.. Risau gak..

zurinhizuddin said...

panduan utk yg telah & akan berumahtangga..

biarlah rahsia..jom nyanyi sambil goyang2 gerudi...

Effyliani's Life said...

kakak, sejak kawan ngan hantu kak limah .. dah pandai ye. leh jd gedung ilmu rr pasni