oooo..skodeng yerkk

Showing posts with label novel saya. Show all posts
Showing posts with label novel saya. Show all posts

Mar 5, 2009

APE YANG SAYA BELI???

hi kengkawan..kabare??..smlm sy pegi bookstore utk tinjau ape buku2 yg terbaru & terkini..nmpk mcm tak menarik ajork..tapi sy tetap jgk beli 2 buah novel thriller nih..memang best!..apepun kite berkenalan dulu dgn author novel nih..cekidaut..

Ramlee Awang Murshid merupakan seorang novelis thriller no.1 di Malaysia..Karya beliau byk memainkan aksi yang mendebarkan serta plot yg memutarkan fikiran sehingga ke akhir cerita. Kalo dibarat depa blh b'bangga dgn crite2 sherlock holmesnya..di Malaysia tdk kurang hebatnya..Ayuhhh kite serkap isi kandungan novel yg saya beli smlm..

Sinopsis: Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh pihak polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yng sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai RANGGAU???

Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian, Dan, Urusula menemui Rusdi Salleh seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat...

Komen: Seronok membacanya kerana diselitkan dengan dialek Brunai iaitu 1 dialek didaerah Papar, Sabah

Sinopsis: Atas nama cinta...mahligai impian itu dibina, Vila Sunyi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya Karmila. Namun tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu...villa yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda orang asli bagai digamit memasuki villa itu. Akhirnya dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat orang asli percaya sesuatu yang berada di situ sedang tidur. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia terbangun maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat orang asli yang berpendidikan , secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cita Arif & Karmila itu, secara tidak sengaja dia telah 'membangunkan sesuatu' di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

Komen: Mereka yang 'jahat' sahaja dapat mengalami rahsia disebalik kisah berdarah di Vila Sunyi...sehingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa.

Okeh..itu ajork yg dpt saya simpulkan dlm N3 kali ini..jumpe lagik