salam semua kpd pengunjung blog sy. Sempena sambutan Nuzul Quran pd 17 Ramadhan smlm, arinih saya nak kongsi kpd semua akan mukjizat terbesar Rasullullah SAW itu. Ulama berpendpt Al-Quran diturunkan kpd Rasulullah untuk disampaikan kpd umat manusia menerusi 3 peringkat.
- Peringkat pertama diturunkan ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz
- Peringkat kedua dibawa keseluruhan dr Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam Lailatul Qadar
- Seterusnya Al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610
Ayat AL-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Mekah (1456 ayat) dan 10 tahun di Madinah ( 4780 ayat). Sejarah penjilidan al -Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Ayat al-Quran memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kpd manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.
Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin:40), bumi bergerak (An-Naml:88), atom adalah benda terkecil(Yunus:61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam:125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat:49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid:25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa':32)
Misteri yang terkandung dalam ayat Al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia. Wallahu'alam..
Mcm biasa, sempena cuti Nuzul Quran, lalulintas di KL amatlah sesak luar biasa.
2 comments:
trafik sesak ler .. dia org khatam quran kt jalan TAR
tuhler, khatam + khatan..
Post a Comment