oooo..skodeng yerkk

Sep 23, 2008

LailatulQadar

salam dan slmt pg kpd anda semua..hikss..arinih saya nak tazkirah skit pasal LAILATULQADAR. Apakah yg dimksdkan dgn lailatulqadar?..Lailatulqadar ialah satu malam yg amat agung pd setiap Ramadhan. Ia juga mlm perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Mala'ul-A'la. Pd mlm itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kpd Nabi Muhammad SAW. Menurut pandangan Imam Ghazali, mlm lailatulqadar tersebut blh diketahui melalui:

  • Jika awal Ramadhan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadhan
  • Jika awal Ramadhan pada Isnin, lailatulqadar pada malam 21 Ramadhan
  • Jika awal Ramadhan pada Selasa atau Jumaat, maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadhan
  • Jika awal Ramadhan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadhan
  • Jika awal Ramadhan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadhan

Selain itu, mlm lailatulqadar blh dikenali dgn beberapa tanda iaitu:-

  • Malam itu langitnya kelihatan suci bersih
  • Bulan bercahaya segar dan terang benderang
  • Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas
  • Langit tidak diganggu bintang
  • Matahari pada waktu paginye memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.

Bagaimanapun lailatulqadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah

Agak2nya bilalah sy akn dipertemukan dgn malam lailatulqadar nih..wallahua'lam

No comments: