oooo..skodeng yerkk

Sep 18, 2008

Nuzul Quran

salam semua kpd pengunjung blog sy. Sempena sambutan Nuzul Quran pd 17 Ramadhan smlm, arinih saya nak kongsi kpd semua akan mukjizat terbesar Rasullullah SAW itu. Ulama berpendpt Al-Quran diturunkan kpd Rasulullah untuk disampaikan kpd umat manusia menerusi 3 peringkat.

  1. Peringkat pertama diturunkan ke suatu tempat dinamakan Lauhil Mahfudz
  2. Peringkat kedua dibawa keseluruhan dr Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu suatu tempat yang terletak di langit dunia. Proses ini berlaku pada malam Lailatul Qadar
  3. Seterusnya Al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad menerusi perantaraan malaikat Jibrail AS secara berperingkat dan turunnya ayat pertama adalah pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610

Ayat AL-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Mekah (1456 ayat) dan 10 tahun di Madinah ( 4780 ayat). Sejarah penjilidan al -Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan dan setiap nas disusun mengikut tertib ditunjukkan Rasulullah sebelum Baginda wafat. Ayat al-Quran memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kpd manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin:40), bumi bergerak (An-Naml:88), atom adalah benda terkecil(Yunus:61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam:125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat:49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid:25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa':32)

Misteri yang terkandung dalam ayat Al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia. Wallahu'alam..

Mcm biasa, sempena cuti Nuzul Quran, lalulintas di KL amatlah sesak luar biasa.

2 comments:

Effyliani's Life said...

trafik sesak ler .. dia org khatam quran kt jalan TAR

zurinhizuddin said...

tuhler, khatam + khatan..